Pertandingan Bercerita Nabi Muhammad S.A.W Anjuran ABIM Sarawak

March 18, 2015
editor-media

12 hingga 14 Mac 2015:- Selesai sudah Program Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Muhammad SAW dan Program Berkhatan beramai-ramai sempena cuti sekolah 3 hari berturut-turut dari 12 hingga 14 Mac 2015 Anjuran Bersama Kelab Kebajikan Dewan Suarah Kuching serta beberapa NGO lain termasuk Abim Sarawak serta dibantu oleh agensi2 dan jabatan kerajaan yang lain, antaranya PDRM, Hospital Umum Sarawak dan lain-lain.

Penghargaan tidak terhingga kepada Tuan Haji Jumaat Hj. Ibrahim dan Tuan Hj. Sirat Hj. Ibrahim, Kelab Kebajikan Dewan Suarah, yang telah memberi peluang Abim Sarawak untuk bekerjasama diwakili oleh Biro Ikhtisas ABIM Sarawak, Ustaz Haji Husaini Hamdan Al Husaini beserta dengan rakan-rakan kumpulan NGO yang lain, berhempas pulas bagi merealisasikan Program Pertandingan Bercerita Kisah Nabi Muhammad saw bertempat di Dewan Suarah Kuching Sarawak dan Majlis Khatan beramai-ramai bersempena cuti sekolah di Hospital Umum Sarawak yang berlangsung dari 12hb Mac hingga hari ini.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah juga disempurnakan dan diserikan lagi dengan kehadhiran YA Berbahagia Datin Patinggi Dato’ Hjh. Jamilah Hj. Anu, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, yang begitu tinggi naluri keibuannya dan sarat dengan nasihat dan amanat tulus dari hati kepada semua ibu bapa, guru-guru dan anak-anak pelbagai peringkat umur serta para hadirin.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua badan NGO yang menjayakan program dan terima kasih buat penganjur yang sudi menjemput barisan pimpinan EXCO ABIM Sarawak untuk sama-sama memeriahkan majlis dan diberi penghormatan untuk menyampaikan cenderahati kepada YA Berbahagia Datin Patinggi Dato’ Hjh. Jamilah Hj. Anu oleh YDP ABIM SAR Ustaz Suharman Edward Edward. Semoga berkat kerjasama yang baik atas penganjuran program sebegini akan berterusan di masa2 yang akan datang.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR