Perutusan Aidilfitri 1435H ABIM - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Perutusan Aidilfitri 1435H ABIM

Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar, Allah yangMaha Besar dan kepada-Nya lah segala pujian. Takbir raya bergema lagi bersama raungan umat Palestin. Yang merintih dan menderita digegarkan serangan tanpa belas regim Zionis. Serangan yang kini telah mengorbankan lebih dari seribu nyawa. Serangan Zionis ini tidak pernah mengira tua atau muda, lelaki mahu pun wanita, kanak-kanak mahupun dewasa. Peperangan yang langsung tidak seimbang.Peluru berpandu teknologi tinggi tidak mampu menggerunkan umat islam Palestin apatah lagi untuk membuatkan merekakeluar meninggalkan tanah air mereka.

Mereka adalah wira yang mempertahankan hak mereka untuk mendirikan kehidupan di tanah tumpah darah yang mereka cintai. Konflik di Syria semakin rumit. Bermula dengan kekejamanregim Bashar yang menyembelih rakyatnya sesuka hati yang mengakibatkan Syria bangkit menentang kezaliman dan kini wujud campur tangan asing baik dari pihak yangmenamakan diri mereka sebagai rangkaian jihad sedunia mahupun campurtangan dari Blok Barat. Kita diberitakan dengan pelbagai kesengsaraan khususnya bagi golongan kurang upaya. Nasib adik Firdaus menggemparkan negara. Dia yang hanya boleh mengeluarkan kata-kata yang terhad bagi memenuhi keperluan fizikalnya,terbaring sengsara ditempat yang kotor dan menjijikkan.

Syarikat penerbangan negara, MAS diuji sekali lagi. Kali inidengan meletupnya pesawat MH17 di ruang udara Ukraine.Sungguh sedih kerana ada mangsa yang berhajat untuk merayakan hari lebaran di sisi keluarga. Inilah antara catatan peristiwa yang seharusnya mendatangkan keinsafan dalam diri kita. Insaf dengan kelalaian kita, kejahilandan kepedulian kita selama ini. Dalam syukur seharusnya ada keazaman untuk memperkayakan amalan yang diredhai Allah.Dalam syukur mesti ada azam untuk memperteguh qasad perjuangan. Palestin tidak akan terbela jika umat Islam terus lalai dan cuai. Umat Islam tidak mungkin bersatu dalam kejahilan dan umat tidak akan diangkat martabatnya jika terus bergelumang dengan kemaksiatan. Ramadhan adalah ruang merubah diri.

Madrasah yang diperhalusi jiwanya apabila nafsu dikekang dengan kelaparan,aqal disirami ilmu dengan tadabbur al-Quran dan ruhani disegar dengan pelbagai amalan. Inilah formula Allah untuk melahirkan insan yang bertaqwa seperti mana yang disebutdalam ayat yang mewajibkan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini berupaya menjulang citra pejuang yang terkandung dalam dhamir setiap generasi muda umat.Selamat Hari Raya Eid ul-Fitr. Taqaballahu minnawaminkum. Min a’idin wal faizin. Maaf zahir dan batin.

Daripada: Presiden (Amidi Abd Manan) dan seluruh AJKP Angkatan Belia Islam Malaysia.