Peserta BERSIH 4.0 Bermunajat Mohon Masa Depan Lebih Baik Untuk Negara Ini

September 1, 2015
editor-media

29 Ogos 2015, Masjid Jamek, Kuala Lumpur:- Para peserta Perhimpunan Aman BERSIH 4.0 telah menunaikan solat hajat berjemaah di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Solat Hajat ini diadakan untuk mendoakan keselamatan buat seluruh rakyat Malaysia daripada bencana ekonomi serta politik dan pelbagai anasir-anasir yang mengancam kesejahteraan mereka. Solat Hajat ini di samping bacaan doa telah diketuai oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, Timbalan Presiden ABIM. ABIM adalah salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendukung tuntutan BERSIH semenjak ia dilancarkan mulai tahun 2007, yang mahu amalan pilihan serta demokrasi yang adil dan bersih diamalkan di negara ini.

 

[Throwback: BERSIH 4.0] Munajat sempena solat hajat #bersih #Bersih4 oleh Timb Presiden ABIM, Ust Naim, pada 29 Ogos yang lalu. Sejahterakan Malaysia Dengan Dakwah!

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Sunday, 30 August 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR