Peserta IYG 2015 Dalami Kebudayaan Malaysia - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Peserta IYG 2015 Dalami Kebudayaan Malaysia

Peserta International Youth Gathering (IYG) 2015 mengambil kesempatan mengikuti kegiatan riadah yang dianjurkan sempena dengan perhimpunan antarabangsa tersebut yang diadakan semenjak 31 Januari 2015. Para peserta berkesempatan mengikuti pelbagai aktiviti menarik seperti menangkap ikan keli menggunakan tangan, melanting batik, melawat ke Padi Nursery, permainan paint ball war games serta beramah mesra dengan penduduk tempatan.

 

 

 
 

Sepanjang sessi kembara yang dianjurkan secara usahasama dengan Tourism Selangor, peserta telah menjelajah ke lima daerah utama dalam negeri Selangor, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Sabak Bernam, serta Klang.