Petugas ABIM Perlu Kompeten Hadapi Cabaran Semasa:- Presiden

March 30, 2016
editor-media

26 Mac 2016, Kuala Lumpur:- Para petugas ABIM perlu kompeten untuk berhadapan dengan cabaran semasa. Itu adalah amanat penting Presiden, Mohamad Raimi Ab Rahim ketika menyampaikan ucaptama Multaqa Petugas Jamaah dan Agensi ABIM 2016. Multaqa ini adalah acara perhimpunan tahunan petugas sepenuh masa Wadah Pencerdasan Umat, Abim Pusat, PKPIM dan agensi agensi telah diadakan pada Sabtu 26 Mac 2016. Lebih daripada 200 orang petugas sekitar Lembah Kelang, dari Wadah, ABIM, PKPIM, Taski, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Kolej Dar al Hikmah, Kolej Instech, Hospital Pakar Al Islam, Koperasi Belia Islam, KBI Automotif, Istech Sdn Bhd, Yayasan Takmir Pendidikan, Global Peace Mission, Malaysian Life Line for Syria dan Bayt al Rahmah turut.bersama meraikan. Jumlah petugas di Lembah Kelang melebihi 1,000 orang. Anugerah persaraan, anugerah perkhidmatan 20 tahun dan 10 tahun telah disampaikan. Tahniah kepada semua penerima anugerah. Majlis telah di kendalikan oleh Yayasan Kebajikan Petugas Jamaah (YKPJ) yang di tubuhkan untuk melihat hal ehwal berkaitan dengan kebajikan petugas sepenuh masa. Untuk tahun mendatang, YKPJ berharap akan dapat mengembangkan penglibatan kepada petugas sepenuh masa di seluruh negara; dan tidak hanya di Lembah Kelang.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo