Petugas ABIM Terima Biasiswa Pendidikan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Petugas ABIM Terima Biasiswa Pendidikan

Ucapan tahniah kepada Saudara Muhamad Zikri Jinal setelah tamat pengajian Diploma Belia Dalam Kerja Pembangunan Universiti Putra Malaysia. Beliau dianugerahi Biasiswa Pendidikan, salah satu program inovatif dan proaktif Jabatan Kewangan dan Bahagian Pentadbiran & Personel ABIM bagi menambah nilai kepada semua petugas sepenuh masa ABIM. Sumbangan juga pernah disalurkan kepada mahasiswa yang menuntut di luar negeri, walaupun dengan nilai yang tidak begitu besar, namun memberi gambaran jelas bahawa ABIM mempunyai komitmen serius dalam soal pendidikan. Semoga usaha murni ini mencetus semangat baru kepada beliau pada masa hadapan selain menjadi contoh dan galakan kepada semua petugas lain menimba ilmu walau di peringkat mana pun.