Pilihanraya Turki 2015 Banyak Ketengah Fakta Menarik: Prof Dato' Dr Mohammed Redzuan Othman - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pilihanraya Turki 2015 Banyak Ketengah Fakta Menarik: Prof Dato’ Dr Mohammed Redzuan Othman

16 Jun 2015:- Prof Dato’ Dr Mohammed Redzuan Othman, Pensyarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya, telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Pilihanraya Parlimen Turki 2015 yang lalu. Fakta-fakta tersebut dikongsi ketika mengisi ceramah Sekularisme Attaturk Dan Perjuangan Memartabatkan Islam di Turki, di Surau Al-Furqan, Puncak Alam, Kuala Selangor pada 16 Jun 2015 yang lalu. “Majoriti AKP berkurangan kerana parti HDP (Berasaskan Kepada Nasionalis Kurdis) telah berjaya memenangi 80 kawasan yang dahulu dimenangi AKP,” jelas Naib Presiden (Antarabangsa) ABIM mulai 1997 sehingga tahun 2003.

Dikenali dengan panggilan mesra Prof Redzuan, dia turut mengatakan HDP telah menguasai peratusan undi di kawasan etnik Kurdis yang dahulunya menyokong AKP. Kerajaan AKP di bawah kepimpinan Reccep Tayyip Erdogan serta Abdullah Gul telah memberikan autonomi politik yang luas kepada masyarakat Kurdis yang dahulunya (isu ini) sering menjadi duri dalam daging kepada hubungan Turki-Etnik Kurdis. “Erdogan dan AKP juga berhadapan dengan beberapa cabaran politik yang getir sebelum menghadapi pilihanraya ini,” jelas beliau yang bakal menerbitkan satu lagi buku mengenai politik Turki dan kepimpinan Reccep Tayyip Erdogan. 

Antaranya; skandal Energekon ataupun Sledge Hammer iaitu usaha pihak tentera (tunjang sekularisme Turki) untuk membuat rampasan kuasa menerusi Grand Design Politik Yang Menggerunkan. “Erdogan juga diuji pada tahun 2013 dengan demonstrasi rakyat di Teksim Square di samping menerima kritikan kerana menutup sepenuhnya saluran media sosial Twitter dan Youtube,” jelas Prof Redzuan sambil menambah Erdogan terpaksa menutup saluran Twitter dan Youtube kerana ada ia menyiarkan perbincangan sulit (isu keselamatan Turki) membabitkan Erdogan. Di samping itu, kepimpinan Erdogan dan AKP turut cuba digugat dengan pengaruh Gerakan Hizmet pimpinan Fethullah Gulen.  

“Walau apapun, cabaran-cabaran tersebut tidak menjejaskan usaha pembangunan dan kemajuan yang diusahakan di bawah kepimpinan Erdogan dan AKP,” simpul Prof Redzuan yang juga merupakan Mantan Pengarah UMCEDEL. Kini beliau merupakan Timbalan Pengerusi di Institut Darul Ehsan (IDE). Antara video menarik menampilkan analisa Prof Redzuan mengenai sejarah dan politik Turki:-

 Reccep Tayyip Erdogan Sebagai Presiden; Harapan & Cabaran

 

 

 Latar Belakang AKP Dan Sekularisme Di Turki 

 

Persepsi Masyarakat Melayu Menerusi Catatan Sejarah Terhadap Turki