Pimpinan ABIM Bersolidariti Mengenang Tragedi Mavi Marmara Di Istanbul, Turkiye - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Pimpinan ABIM Bersolidariti Mengenang Tragedi Mavi Marmara Di Istanbul, Turkiye

PIMPINAN ABIM BERSOLIDARITI MENGENANG TRAGEDI MAVI MARMARA DI ISTANBUL, TURKIYE

3hb Jun 2023: Alhamdulillah, Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat, Ustaz Mohamad Syafiq Ismail at-Tauhidi telah mewakili ABIM dan Malaysia dalam perarakan aman mengenang tragedi Mavi Marmara yang diserang rejim Zionis pada 31hb Mei 2010.

Perarakan ini dianjurkan Genç IHH, bermula selepas Asar, dari Masjid Fatih dan berakhir di depan Universiti Istanbul/Beyazit Meydani.

Pada 31hb Mei 2010 lalu, dunia dikejutkan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis menyerang Mavi Marmara, yang ketika itu membawa petugas misi kemanusiaan daripada seluruh dunia Islam ke Palestin.

Misi Mavi Marmara pada ketika itu diketuai oleh IHH-Turkiye dan Free Gaza Movement, dan juga disertai seramai 12 aktivis serta pengamal media Malaysia.

Sejumlah 9 orang aktivis Muslim korban syahid dalam peristiwa ini, hal yang mengubah persepsi dunia terhadap wajah sebenar rejim Zionis yang jahanam.

Tragedi ini tidak boleh dilupakan, sebagai ummah yang satu, berjuang dalam kesatuan. Disifatkan Nabi Muhammad SAW, apabila sebahagiannya sakit, yang lain turut merasakan.

β€’β€’β€’

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Sertai ABIM, klik ‘Daftar Sekarang’ di sini: https://app.myabim.my/login

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti