Pimpinan ABIM Hadiri Majlis Aidilfitri KPM & YTP

May 29, 2023
Admin Abim

PIMPINAN ABIM HADIRI MAJLIS AIDILFITRI KPM & YTP

19hb Mei 2023: Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama pimpinan ABIM berkesempatan menghadiri Majlis Jalinan Mesra Kementerian Pendidikan Malaysia di PICC, Putrajaya.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, YB Puan Fadhlina Siddiq. Beliau kemudiannya mengiringi Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun melawat SMKA Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail yang telah terbakar tahun lalu dan masih memerlukan baikpulih. Turut hadir, para aktivis WADAH-ABIM-PKPIM di mana ada di antaranya adalah alumni sekolah berkenaan.

Selepas ke PICC, pimpinan ABIM turut berkunjung ke Majlis Aidilfitri Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) di Bangi.

Semoga kita dapat mengukuhkan semangat ukhuwah, persaudaraan dan perpaduan demi masa depan Malaysia yang makmur, aman dan sejahtera.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR