Pimpinan ABIM Iringi Jenazah Syeikh Dr. Razali Nawawi Di Bangi

May 18, 2023
Admin Abim

PIMPINAN ABIM IRINGI JENAZAH SYEIKH DR. RAZALI NAWAWI DI BANGI

18hb Mei 2023 (Khamis): Alhamdulillah, Presiden ABIM ke-10, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama para aktivis WADAH-ABIM-PKPIM telah berziarah dan menunaikan solat jenazah di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, ke atas Almarhum Syeikh Dr. Razali Nawawi, mantan Presiden ABIM yang pertama dan mantan Dekan pertama, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL) UIAM.

Semasa di London, beliau mengasaskan pertubuhan Malaysian Islamic Study Group of United Kingdom (MISG-UK) bersama Almarhum Ustaz Dahlan Arshad dan lain-lain. Almarhum juga merupakan Khatib Pertama Solat Jumaat di Malaysia Hall, London.

Beliau antara pembuka awal banyak pintu kebaikan di negara ini. Selain mengasaskan sistem Usrah di Malaysia, Almarhum juga memperkenal dan mempopularkan zikr al-Ma’thurat bersama ABIM sehingga menjadi amalan masyarakat terbanyak.

Subhanallah, masjid dipenuhi ramai sahabat serta anak didik Ustaz Razali Nawawi. Satu kematian yang sangat dicemburui.

Almarhum telah berbakti dan berjasa kepada agama, negara dan ummah. Almarhum adalah murabbi ummah yang mendidik dan mentarbiyah masyarakat dengan ilmu, adab dan hikmah.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati Almarhum Syeikh Dr. Ustaz Razali Nawawi. Allahummaghfirla-hu warham-hu wa ‘afi-hi wa’ fuan-hu. Sesungguhnya, kita milik Allah Subhanahu wa-Ta’ala selama-lamanya.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik di sini

Dan sertai ABIM di sini

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR