PIMPINAN ABIM KUNJUNGI PRESIDEN ABIM YANG PERTAMA

August 21, 2022
editor@abim

PIMPINAN ABIM KUNJUNGI PRESIDEN ABIM YANG PERTAMA

23hb Julai 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz bersama pimpinan ABIM Pusat telah menziarahi al-Fadhil Ustaz Dr. Razali Nawawi di kediaman beliau. Ustaz Razali merupakan Presiden ABIM yang pertama dan Dekan Kuliyyah Undang-undang di UIAM yang pertama.

Antara tujuan kunjungan ini adalah bagi mendapatkan panduan dan nasihat untuk pengisian Tamrin Qiadi Kebangsaan (TQK) yang dianjurkan di Kem Rekreasi ABIM, Tasik Beris, Kedah pada 29-31hb Julai 2022. Selain itu, pasukan Media ABIM turut membuat rakaman video pendek nasihat tausiyah daripada Ustaz Razali untuk dipertontonkan kepada para peserta TQK.

Sejak ditubuhkan pada 1971, ABIM tampil sebagai pemula serta perintis pengamalan usrah dan tamrin sebagai wadah perkaderan aktivis, ahli dan pimpinan dalam merencana agenda Membina Tamadun Khayra Ummah.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku#GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR