Presiden ABIM Tersenarai Sebagai Antara 55 Tokoh Musyawarah Demokrasi Malaysia

November 27, 2021
editor@abim

Presiden ABIM Tersenarai Sebagai Antara 55 Tokoh Musyawarah Demokrasi Malaysia

Alhamdulillah, Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz (Presiden ABIM) bersama 54 orang lagi tokoh masyarakat, bekas pemimpin dan tokoh korporat bergabung tenaga membentuk apa yang dinamakan ‘Better Malaysia Assembly’ atau ‘Musyawarah Demokrasi Malaysia’ untuk berbincang, berbahas dan mengemukakan idea-idea dan syor ke arah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan.

Kumpulan ini yang akan berkolarborasi secara musyawarah selama dua tahun akan membentangkan syor atau cadangan tentang bagaimana demokrasi, institusi dan ekonomi negara kita harus berfungsi dengan lebih baik dan berkesan termasuklah isu tentang sistem pilihan raya Malaysia, dana politik, hubungan antara persekutuan dan negeri, peranan institusi-institusi utama negara, tindakan afirmatif dan masa depan sistem pendidikan.

Cadangan pembentukan kumpulan ini serta nama-nama mereka yang bersetuju untuk mengambil bahagian telah pun dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al–Musta’in Billah pada 28hb Oktober lalu. Mereka juga memohon izin perkenan untuk bernaung di bawah Majlis Raja-Raja Melayu.

“Musyawarah Demokrasi Malaysia merupakan satu ikhtiar daripada rakyat untuk negara yang lebih baik.”

– Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM.

Kumpulan ini adalah bebas dari mana-mana fahaman politik dan parti politik. Ia dianggotai oleh rakyat biasa yang prihatin, mereka yang telah dan pernah berkhidmat di sektor awam dan swasta, aktivis pertubuhan bukan kerajaan, organisasi kebangsaan, pemikir, ahli akademik, pembuat dasar, pelopor dan perintis dalam pelbagai sektor serta bidang, ekonomis, saintis, pengamal media, bekas pemimpin negara dan ramai lagi dengan latarbelakang yang pelbagai.

Kumpulan ini juga akan berbincang dan mengemukakan pandangan mengenai bagaimana untuk melakukan penambahbaikan ke atas polisi-polisi tertentu yang telah digunapakai oleh negara ini sejak merdeka hingga sekarang.

Mereka juga berhasrat untuk mencari titik-titik persamaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang majmuk yang boleh diterokai bersama demi masa depan Malaysia yang lebih baik, makmur dan aman.

Berikut adalah senarai mereka yang akan menyertai kumpulan ini:

  1. Tan Sri Abdul Ghani Othman, bekas Menteri Besar Johor
  2. Profesor Emeritus Datuk Dr. Abdul Rahman Embong, bekas Fellow IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  3. Tan Sri Abu Zahar Ujang, Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  4. Profesor Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman, University Malaya (UM)
  5. Afzal Abdul Rahim, Ketua Pegawai Eksekutif Time Dotcom
  6. Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas Pengerusi Bersih 2.0
  7. Tan Sri Andrew Sheng, Pengerusi George Town Institute of Open and Advanced Studies
  8. Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff, bekas Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
  9. Tun Arshad Ayub, bekas Pengarah Institut Teknologi Mara (UiTM)
  10. Brigedier Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Mohd Raji, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)
  11. Tan Sri Azman Mokhtar, bekas Pengarah Urusan Khazanah Nasional
  12. Badlishah Sham Baharin, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia
  13. Ng Choo Seong, Setiausaha Agung Persatuan Pegawai-Pegawai Perbankan Malaysia
  14. Christopher Leong, Rakan Kongsi Chooi & Company + Cheang & Ariff
  15. Datuk Seri Wong Chun Wai, bekas Ketua Pegawai Eksekutif The Star
  16. Tan Sri Effendi Norwawi, bekas Menteri Persekutuan
  17. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  18. Tan Sri Hamid Bugo, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
  19. Tun Mohammed Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara
  20. Harith Iskander, pelakon dan pelawak
  21. Datuk Dr. Hartini Zainuddin, Pengasas Bersama Yayasan Chow Kit
  22. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
  23. Datuk Hussamuddin Yaacub, Penerbit dan Pengarah Urusan Sinar Karangkraf
  24. Ibrahim Suffian, Pengasas Bersama Merdeka Centre
  25. Datuk Seri Idris Jala, bekas Menteri Persekutuan
  26. Joseph Solomon, Setiausaha Agung National Union of Bank Employees
  27. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health
  28. Tan Sri Johan Jaaffar, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan
  29. Tan Sri Dr. Kamal Salih, bekas Pengerusi MIER
  30. Tan Sri Kamaluddin Abdullah Badawi, Timbalan Pengerusi Eksekutif ENRA Group
  31. Dr. Kamilin Jamilin, ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan & Perlis
  32. Datuk Tong Kooi Ong, Pengerusi The Edge Media Group
  33. Lilianne Fan, Pengasas Bersama Geutanyoe Foundation
  34. Dr. Munirah Syed Hussein Alatas, Pensyarah Kanan UKM
  35. Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  36. Nadhir Ashafiq, Pengasas TheLorry.com
  37. Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi Ikhlas Capital
  38. Datuk Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Ekonomis
  39. Nur Qyira Yusri, Pengasas Bersama UNDI 18
  40. Datuk Ruben Gnanalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Westports
  41. Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, bekas Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
  42. Tan Sri Sheriff Kassim, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan
  43. Chow Sing Yau, Pengerusi Chinese Research Centre
  44. Tan Sri Sufri Mohd Zin, Presiden Master Builders Association
  45. Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob, Pengerusi MIER
  46. Dr. Khor Swee Kheng, Fellow Bersekutu Chatham House
  47. Tawfik Tun Dr. Ismail, Pengasas Malaysia First
  48. Tan Tai Kim, Pengerusi United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong)
  49. Datuk Tan Tew Sing, Presiden Malaysia-China Chamber of Commerce
  50. Tharma Pillai, Pengasas Bersama UNDI 18
  51. Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia
  52. Tricia Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS
  53. Vinesh Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif FatHopes Energy
  54. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
  55. Tan Sri Yong Poh Kon, Pengerusi Royal Selangor

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo