Presiden Jadi Panelis Sidang Antarabangsa " International City and Civil Society Organizations Summit" - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Presiden Jadi Panelis Sidang Antarabangsa ” International City and Civil Society Organizations Summit”

21hb Oktober 2017 (Sabtu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim hari ini tampil dalam International City and Civil Society Organizations Summit di Turki. Berlangsung pada 20-22hb Oktober, 2017, Sdr. Raimi membentangkan kertas kerja bertajuk “The Institutional Capacity of Islamic NGOs: ABIM & the Malaysian Experience” untuk sesi pada hari ini. Untuk sesi ini, para panelis mengupas topik “Institutional Capacity Building for Civil Society Organizations (CSO)”. Dengan Prof. Dr. Ismail Adak (Turki) selaku moderator, ahli panel lain adalah Prof. Dr. Rafaat H. Rasheed Mikati; S.M. Rasheduzzaman; dan Ibrahim Mohamed Haji Bulushi. Semoga banyak manfaatnya program ini, dalam memperkukuhkan lagi rangkaian serta ukhwah antara ABIM dengan pelbagai pertubuhan masyarakat sivil dari seluruh dunia. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!