Presiden Taiwan Rasmikan Persidangan Dakwah Islamiah Serantau

December 16, 2015
editor-media

14 Disember 2015, Taipei, Taiwan:- Mesyuarat Agung kali ke-16 RISEAP yang berlangsung semalam dirasmikan oleh Presiden Taiwan, H.E Ma Ying-Jeou. Beliau merupakan mantan Menteri Keadilan Taiwan dan merupakan bekas Datuk Bandar Taipei. Turut bersama adalah Presiden RISEAP, TYT Tun Pehin Sri Taib Mahmud. Dalam ucapan Presiden Ma, beliau menyentuh berkenaan kepelbagaian agama di Taiwan dan ruang kepada semua agama untuk mempraktikan agama masing-masing yang termaktub dalam perlembagaan negara dan menceritakan pengalaman beliau bersama umat Islam Taiwan dalam majlis sambutan dan perayaan agama termasuk mempertahankan masjid. Dalam Mesyuarat Agung kali ini juga membahaskan 6 agenda RISEAP yang akan digerakkan khususnya melibatkan soal Latihan, Pendidikan, Kepimpinan dan lain-lain.

 

Mesyuarat Agung kali ke-16 RISEAP yang berlangsung semalam dirasmikan oleh Presiden Taiwan, H.E Ma Ying-Jeou. Beliau…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Monday, 14 December 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR