ABIM Perkenal ADAB Youth Garage Sebagai Inovasi Untuk Generasi Baru - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Perkenal ADAB Youth Garage Sebagai Inovasi Untuk Generasi Baru

13-15 Mei 2016, Serdang, UPM :- ADAB Youth Garage yang merupakan produk inovasi sosial ABIM Daerah Bangi telah menarik ramai pengunjung ketika Sambutan Hari Belia Negara pada 2016 yang lalu. ADAB Youth Garage adalah pusat kegiatan komuniti yang digerakkan oleh generasi muda. Alhamdulillah, konsep ADAB YOuth Garage sedang dikembangkan di sekitar kawasan Lembah Klang. Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin, turut singgah serta sempat berselfie dengan pengunjung ADAB Youth Garage yang diraikan dalam suasana santai.