Program Belajar Bersama Turath Siyasi (Warisan Politik Islam) - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Program Belajar Bersama Turath Siyasi (Warisan Politik Islam)

Akademi Pendidikan Demokrasi Serta Kewarganegaraan (APDK), ABIM, WADAH, PKPIM telah menganjurkan program Program Belajar Bersama: Turath Siyasi dibimbing oleh Dato’ Dr Siddiq Fadhil. Selama tiga hari berinteraksi dengan Dr. Siddiq Fadhil, bagi mengenali khazanah tinggalan para ulama silam yang berkisar sekitar siasah, kepimpinan dan kenegaraan. Sekitar 50 orang dari pelbagai latarbelakang berkampung di Carlton Hotel, Sahah Alam, mulai 8 hingga 10 Disember 2014. Kesungguhan masing-masing tampak jelas ingin menghayati teks dan konteks hasil pemikiran tokoh-tokoh penting masa lalu, yang telah menyumbang pemikiran mereka mengenai isu-isu imamah, khilafah, kriteria perlantikan, tanggungjawab dan persyaratan-persyaratan yang harus dipenuhi.

Antara tokoh dan khazanah turath yang didekati ialah Ibn Muqaffa’ (al-Adab al-Kabir, Risalah fi al-Sahabah), ‘Aliy Ibn Rabn al-Tabariy (Kitab al-Din wa al-Dawlah), Qadi Abu Yusuf (Kitab al-Kharaj), Ibn Abi Rabi’ (Suluk al-Malik fi Tadbir al-Mamalik), Al-Mawardi (al-Ahkam al-Sultaniyyah), Al-Ghazali (al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk), Ibn Taimiyyah (al-Siyasah al-Syar’iyyah), Ibn Khaldun (Kitab al-‘Ibar), Muhammad Abduh/Rasyid Rida (al-Khilafat wa al-Imamat al-‘Uzma), Raja Ali Haji (Thamarat al-Mahammah) dan karya siyasah shar’iyyah Itqan al-Muluk (Perlembagaan Terengganu 1911). Ternyata satu sesi yang berat tetapi amat menarik.