Program Cahaya Iman Semarakkan Dakwah Di Terengganu

December 16, 2015
editor-media

10 November 2015, Tok Jiring:- Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), cawangan Terengganu telah mengadakan satu program bersempena musim cuti persekolahan iaitu Program Cahaya Iman 2015 bertempat di Kompleks Dar Al-hikmah, Tok Jiring, Kuala Terengganu, Terengganu.

Program menekankan pembinaan jatidiri  di kalangan peserta berasaskan kepada pengukuhan serta penghayatan Tauhid. Pengukuhan dan penghayatan itu diterjemahkan menerusi beberapa modul yang dilaksanakan sepanjang program ini. Program ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Shamsuddin.

Alhamdulillah. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 60 orang. Ada di antara peserta yang datang dari jauh seperti Kuantan. Program ini merupakan rentetan usaha dakwah yang digerakkan oleh Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR).     

Antara usaha dakwah yang turut digerakkan oleh KEPITAR sepanjang tahun 2015 ialah:- Nadwah Kepimpinan pada 5-7 Mac 2015 bertempat di Masjid Sultan Ismail, Chendering Kuala Terengganu. Terdahulu KEPITAR turut menganjurkan Kem Remaja Ibadah & Sahsiah bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah, Jerteh, Terengganu pada 6 & 7 Februari 2015. Program-program tersebut diabadikan menerusi video-video berikut:- 

 

 

Baru-baru ini salah seorang daripada aktivis KEPITAR, Saudari Najibah Mahirah Awang telah menerima anugerah kecemerlangan bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-31. Saudari Najibah Mahirah yang merupakan Naib Yang DiPertua 1, Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR)

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR