Puan Kamar Ainiah, Peguam Syarie Senior & Reformis, telah pulang bertemu Penciptanya

November 23, 2021
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Almarhumah Puan Kamar Ainiah Binti Kamaruzaman, Peguam Syarie Senior yang pulang ke Rahmatullah pada 23hb November 2021 bersamaan 18hb Rabiul Akhir 1443H.

Beliau merupakan balu kepada Almarhum Ustaz Abu Bakar Hamzah, bekas Setiausaha Agung PAS.

Sewaktu era Reformasi, Puan Kamar Ainiah adalah peguam reformis yang terlibat aktif membela para pimpinan dan aktivis. Sementelah, banyak jasa beliau kepada perundangan Syariah di negara ini.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR