Ramadhan Istiqamah Kita Istiqamah Dalam Beribadah

May 30, 2016
editor-media

Al Qur’an selepas Ramadhan oleh Dr. Khairul Anuar Mohamad Perkara -perkara yang boleh didapati dalam Ramadhan dan harus diteruskan;

✅ Memperbanyak Istighfar dan Rasa Syukur Diriwayatkan satu ketika Imam Ahmad menumpang bermalam di rumah seorang lelaki yang kerjanya membuat roti. Dari bermula awal malam,lelaki ini menguli roti dan pada setiap satu roti diuli akan mengucapkan “astaghfirullah al Azhim” berulang pada setiap roti yang diuli. Lalu ditanya oleh Imam Ahmad : ” Apakah yang kamu perolehi dari ibadat zikir yang kamu lakukan?”. Lelaki : Aku perolehi semua hajat (dunia) yang aku mahukan kecuali satu. Imam Ahmad : Apakah ia? Lelaki : Aku mahu sangat bertemu Imam Ahmad. Imam Ahmad : Wahai lelaki, demi zikir yang kamu baca, Allah telah menarik dan mendatangkan aku kepada kamu. Akulah Imam Ahmad. Antara lain;

✅ Apa yang kita patutnya dapat dari madrasah Ramadhan? ➡ TAQWA & SABAR

✅ Istiqamah – konsisten dalam ketaatan Allah, tetap teguh berpegang kepada syariatNya dan sentiasa mengikuti agamaNya. – solat sunat, puasa sunat, membaca al Quran Imam Hassan al Basri berkata, “Aku tidak tahu amal yang paling hebat kecuali menghidupkan malam dan infaq/ sedeqah pada jalanNya. Ditanya kepada Imam Hassan, “Apakah yang jadikan wajah orang yang bersungguh-sungguh beramal berseri-seri? Imam Hassan menjawab, “Kerana mereka sering bersendiri dengan Allah, maka Allah hiaskan bagi mereka cahaya dari cahaya Allah.”

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR