Ramadhan Kembangkan Aktivisme Anak Muda - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Ramadhan Kembangkan Aktivisme Anak Muda

Ipoh , 17 Jun 2017, :- Program kemasyarakatan yang digerakkan menerusi Sinar Ramadhan 1438H dan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) turut mencambahkan aktivisme di kalangan generasi muda. Antaranya ketika penganjuran Program Agihan Bubur Lambuk ABIM Perak di sekitar kawasan Ipoh yang diketuai sendiri oleh Yang Dipertua ABIM Negeri Perak, Ustaz Hafez Ardhi. Alhamdulillah, respon baik daripada generasi muda yang turut menjayakan perlaksanaan KSSB di sekitar negeri Perak pada tahun ini. Pendedahan ini secara tidak langsung turut membudayakan amalan waqaf dan infaq diri untuk aktiviti dakwah dalam kalangan generasi muda.

.