
Pertemuan Dengan Kerajaan Myanmar Akan Diadakan
4 Jun 2015:- ABIM telah mengadakan pertemuan dengan Ven K. Sri Dhammaratana, Maha Nayaka Thera di Kuil Sri Mahavihara. Beliau adalah Ketua Kommuniti Buddha di negara ini. Delegasi ABIM yang diketuai Presiden, Amidi Abd Manan, telah mengemukakan keresahan dan pendirian umat Islam di Malaysia berkaitan isu Rohingya. Sessi pertemuan dan perbincangan di antara kedua pihak berjalan dengan dengan baik dan harmoni. Pelbagai perbezaan persepsi dan pandangan mengenai isu terbabit. Di akhir pertemuan, kedua pihak bersepakat untuk diadakan dialog dan sikap yang betul diperlukan bagi menghilangkan kekusutan. Perbincangan diakhiri dengan persetujuan agar diatur satu pertemuan dengan wakil kerajaan Myanmar di Malaysia berkenaan dengan isu Rohingya. Doakan hasil yang positif demi kesejahteraan umat.
