Sambutlah Ramadhan Dengan Penuh Kegembiraan: Ustaz Rasid Muhamad
Ketibaan bulan Ramadhan perlu disambut dengan penuh kegembiraan. Seruan itu dibuat oleh Ustaz Rasid Muhammad menerusi slot tazkirah Sinar Ramadhan ABIM. “Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Ambil kesempatan sempena Ramadhan ini untuk meningkatkan lagi keilmuan kita. Buat ulangkaji hal-hal mengenai Ramadhan. Dengan kefahaman yang mantap, ia akan mencantikkan ibadah kita sepanjang Ramadhan ini,” jelas beliau sempena slot Selamat Datang Ramadhan