Sasterawan negara, Kemala meninggal dunia

October 30, 2021
editor@abim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Sasterawan Negara, Almarhum SN Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama penanya, Kemala, yang meninggal dunia pada 27hb Oktober 2021 lalu.

Ahmad Kamal, 80, pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermula pada tahun 1968 sebagai penolong penyunting, sebelum menjadi editor majalah-majalah sastera dan berbagai lagi dan sebelum bersara pada 1996 sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.

Beliau dilahirkan di Gombak, Selangor dan menerima pendidikan di Sekolah Melayu, Agama dan Inggeris. Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Kemudian, beliau memperoleh Ijazah pertama dan kedua dari USM Pulau Pinang (1975, 1984); Ijazah Doktor Falsafah (Persuratan Melayu) UKM (Julai 2000) dan Diploma Pengurusan (Makati, Filipina, 1990). Beliau juga adalah Felo University of Iowa, Amerika Syarikat (1993).

Beliau merupakan penerima Anugerah Tokoh Sasterawan Selangor 2005 dan Anugerah Abdul Rahman Auf sempena Maal Hijrah 1427 Hijrah 2006. Pada 2011, Ahmad, 80 dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11, yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR