
2 Julai 2015:- Program Pencegahan Jenayah: Keselamatan Keluarga Tanggungjawab Kita (SEKATA) telah diadakan pada 2 Julai 2015 di SMK Mahmud, Raub, Pahang. Seramai 220 orang pelajar tingkatan 2 dan 4 terdiri daripada pelbagai kaum telah menyertai program ini. Program ini menyentuh topik mengenal diri dan menyayangi diri dari aspek syakhsiah, akhlak dan budi pekerti serta pergaulan dengan rakan berlainan jantina. Topik kesihatan seksual juga turut disampaikan kepada pelajar-pelajar. Program ini adalah anjuran ABIM Pahang dengan kerjasama Abim Pusat dan LPPKN. Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar dan guru dalam membimbing generasi yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan.
