Selamat Hari Malaysia 2015

September 16, 2015
editor-media

Pembentukan Malaysia pada 16 September merupakan sesuatu yang unik. Penggabungan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak merupakan satu kesanggupan meredah ombak dan badai kerencaman budaya, kepercayaan, keturunan dan sejarah bagi membina sebuah negara yang bermaruah.

Kita tidak dapat membina sebuah negara yang berjaya jika kita saling menyalahkan antara satu sama lain. Menyalahkan bangsa lain bagi menutup kelemahan sendiri tidak dapat akan mampu membina kekuatan bangsa.

Inilah mesej al-Quran apabila menyebut perubahan kaum mesti bermula dari perubahan diri sendiri. Jika ada perlakuan yang disifatkan sebagai zalim, maka penentangan terhadap kezaliman mestilah tanpa memilih ‘bulu’ atau kelompok. Inilah formula Ilahi dalam pembinaan masyarakat. Setiap warga itu dipersaudarakan samada dari sudut agama, keturunan mahupun tanah air.

Dalam hal ini al-Raysuni menggunakan istilah al-akh almuwatanah (saudara setanahair). Moga dengan kedatangan hari yang cukup bersejarah ini, marilah kita hayati persaudaraan setanahair ini. Selamat Hari Malaysia.

Sejahterakan Malaysia dengan Dakwah.

AMIDI BIN ABDUL MANAN, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR