Semakan Kehakiman TPPA Ditolak; Bantahan Akan Terus Dikemukakan

January 12, 2016
editor-media

12 Januari 2016:- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak permohonan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghalang kerajaan daripada menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim ketika di sidang media mengatakan komitmen ABIM dan para NGO untuk meneruskan bantahan ke atas TPPA.

“Saya ingin tegaskan peringkat awal ini ABIM bersama TERAS, UNGGAS serta NGO-NGO lain akan terus membantah TPPA. Kita percaya sistem kehakiman sebagai “ultimate interpreter” kepada Perlembagaan Persekutuan mempunyai hak serta bidangkuasa untuk mengahalang perjanjian ini daripada ditandatangani kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Atas sebab itu, kami hadir ke sini bersama teman-teman NGO untuk memastikan rakyat Malaysia diwakili serta mendapat hak untuk menyampaikan hasrat mereka menerusi sistem perundangan,” sambil beliau menambah ABIM, Unggas dan Teras akan memanfaatkan segala saluran perundangan yang sah untuk menghalang perjanjian ini daripada ditandatangani.

 

 

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan ABIM menerusi presidennya; Presiden Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas Malaysia) Nurfitri Amir Muhamad; dan Naib Presiden Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (Teras), Ahmad Tarmizi Sulaiman, selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara.

Ketika ditemui pemberita peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan perjanjian TPP masih belum dimeterai oleh kerajaan. Dalam permohonan itu, mereka memohon untuk diberi kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung beberapa perkara melibatkan perjanjian TPP. 

 

 

 

Terkini #BantahTPPA Mahkamah tolak permohonan halang tandatangan TPP – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi menolak permohonan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghalang kerajaan daripada menandatangi perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan Pengerusi Angkatan Belia Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim; Presiden Urusetia Menangani Gejala Sosial (Unggas Malaysia) Nurfitri Amir Muhamad; dan Naib Presiden Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Melayu Malaysia (Teras), Ahmad Tarmizi Sulaiman, selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara. Ketika ditemui pemberita peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla berkata, mahkamah membuat keputusan itu atas alasan perjanjian TPP masih belum dimeterai oleh kerajaan. Dalam permohonan itu, mereka memohon untuk diberi kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung beberapa perkara melibatkan perjanjian TPP.- Sinar Harian http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mahkamah-tolak-permohonan-halang-tandatangan-tpp-1.471580#.VpSIipPgEXk.whatsapp

Posted by Abim Pusat on Monday, 11 January 2016

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR