Semangat Bangsa Malaysia Akan Atasi Sentimen Perkauman:- Seminar RAHMAT 15

September 9, 2015
editor-media

5 September 2015, Kuala Lumpur:- Semangat Bangsa Malaysia akan  mengatasi sentimen perkauman yang sempit pada masa depan. Begitulah salah satu kesimpulan oleh Ooi Kok Hin dari Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) ketika mengisi slot “Elemen yang menghalang pembinaan masyarakat majmuk sempena Seminar Rahmat 15 anjuran ABIM Wilayah Persekutuan.

“Mungkin pada masa depan, semangat rasa bangga menjadi rakyat Malaysia lebih penting daripada semangat perkauman.” jelas beliau sepanjang program dihadiri peserta dari pelbagai latar belakang yang berbeza

Selain daripada perkongsian berbentuk teori, Seminar Rahmat 15 turut mengetengahkan pengalaman aktivisme yang digerakkan di lapangan dan kerja amal.“Dalam membina toleransi agama penting kepada kita untuk memahami secara mendalam ajaran agama masing-masing, mengamalkan ajaran tersebut dengan tujuan menjadi insan mulia dan melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh menyumbangkan kepada kebaikan negara, agama dan perpaduan,” jelas Jacob Simon ketika mengisi slot “Kerjasama Pertubuhan Agama Untuk Perpaduan Negara: Pengalaman FGIS”.

ABIM merupakan salah pertubuhan yang menggangotai FGIS (Frienship Group Of Inter Faith Services) yang aktif menggerakkan program-program kemasyarakatan yang digerakkan oleh para peserta yang terdiri dari pelbagai latar agama yang berbeza. Perkongsian-perkongsian tersebut telah diketengahkan sebagai 8 resolusi ke arah membangunkan Bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

 

Berlabuhnya tirai penutupun SEMINAR RAHMAT ’15 telah menggariskan 8 resolusi yang harus dijayakan. Rseolusi tersebut adalah suatu inisiatif dalam membangunkan Bangsa Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.

Posted by ABIM Wilayah Persekutuan on Sunday, 6 September 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR