
29 Mei 2016, Kota Kinabalu:- Telah berlangsung ‘ International Seminar : Islam and Global Peace ‘ anjuran Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), The Union of NGOs of the Islamic World Malaysia (UNIW), Sabah Islamic Future Network (SIFN) & Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEINS) dengan kerjasama JAKIM, Wadah Pencerdasan Umat , Abim Sabah dan beberapa NGO Negeri Sabah yang lain pada 29 Mei 2016, pada hari Sabtu lalu di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
Presiden Wadah, Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman turut hadir selaku Timbalan Setiausaha Agung UNIW disertai oleh delegasi NGO dari Turki, Kemboja, Sri Lanka dan ramai lagi. Turut diselitkan ceramah ‘Lifeline for Syria’ di masjid-masjid sekitar Sabah (Putatan, Likas & Telipuk) bagi memberi pencerahan terkini peperangan di Syria. Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar.
