SESI 2: PERSIDANGAN ANTARABANGSA KOSMOPOLITAN ISLAM DENGAN TEMA “MENGILHAM KEBANGKITAN, MENEROKA MASA DEPAN”
17hb September 2022 (Sabtu): Alhamdulillah, telah berlangsung Sesi 2 Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam dengan tema “Mengilham Kebangkitan, Meneroka Masa Depan”. Persidangan ini diadakan sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-51, bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor.
Sesi 2 berlangsung dengan cemerlang di mana para pembentang mengupas topik “Kosmopolitan Islam dalam Nuansa Global Pasca-Normal” di mana para pembentang terdiri daripada Prof. Dr. Zaleha Kamaruddin (IMAN, Malaysia); Prof Dr. Kamarul Azizi Ibrahim (Nadwah Ilmuwan); Prof Madya Dr. Sonny Zulhuda (Muhammadiyah, Indonesia); dan Yang Berhormat Senator Fadhlina Sidek (Ahli Dewan Negara).
Dr. Sonny mengongsikan bahawa pergerakan Muhammadiyah walaupun pernah mendukung arti Majlis Syura Muslimin Indonesia (MASYUMI), telah diputuskn untuk tidak terikat dengan parti politik, memandangkan Muhammadiyah adalah gerakan dakwah. Namun, setiap pentadbiran kerajaan baru Republik Indonesia akan mengundang pimpinan Muhammadiyah untuk menjadi Menteri dalam kerajaan. Beliau juga menyebut bahawa kosmopolitanisme Islam mestilah beretika dan tidak boleh berselingkuh dengan nila-nilai kolonialisasi yang menindas. Sebagai penutup, Dr. Sonny mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat antara ABIM dan Muhammadiyah.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MuktamarABIM51