Skuad OPS Prihatin Agih Sleeping Bag Kepada Mangsa Banjir Di Kuala Terengganu - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Skuad OPS Prihatin Agih Sleeping Bag Kepada Mangsa Banjir Di Kuala Terengganu

26 Disember 2014: Pasukan fasa pertama bantuan ABIM-MBM telah menyampaikan barang sumbangan di SK Gemuroh, Kuala Terengganu. Barang sumbangan seperti Sleeping Bag dan kit kebersihan.

 

 

 

Skuad Prihatin ABIM-PKPIM-GPM-MLLFS-PEPIAS memulakan operasi 24 jam tanpa henti bagi memudahkan para penyumbang yang budiman untuk menyalurkan sumbangan seperti berikut:

1. Makanan kering (sardin, biskut, roti, dsb)

2. Kit Kebersihan Diri (Berus gigi, ubat gigi, sabun dsb)

3. Telekung

4. Kain ela (untuk dibuat penghadang di dewan pusat pemindahan banjir – menjaga aurat dan privasi)

5. Selimut, tuala dsb

6. Pampers bayi dan tuala wanita

7. Sumbangan wang tunai melalui akaun ABIM (Maybank : 5642 2161 0116)

8. Sumbangan TENAGA ANDA!

Di samping itu kami menyeru untuk kesemua rakyat Malaysia untuk memperbanyakkan solat hajat bagi memohon perlindungan Allah dari segala macam bencana dan musibah.

Semoga Allah golongkan kita bersama mereka-mereka yang bersabar. Sumbangan boleh disalurkan di pusat operasi bantuan banjir seperti berikut :

A. SEKRETARIAT ABIM PUSAT No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 53100 Kuala Lumpur Ketua Sekretariat : Sdr. Zikri 013.311.7560

B. ADAB YOUTH GARAGE (AYG) No 15, Jln 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Ketua Sekretariat : Sdr. Yasir 011.2128.2023 Hotline: 019.293.6300. Anda hulurkan. ‬