Skuad Prihatin ABIM Johor Raikan Mereka Yang Memerlukan Menjelang Ramadhan

June 3, 2016
editor-media

3 Jun 2016, Kempas, Johor:- Hari jumaat yang barakah, hari jumaat yang sangat panjang bagi kami sukarelawan Skuad Prihatin Johor. Alhamdulillah, pagi jumaat yang dimulakan dengan kerja untuk masyarakat setempat. KSSB meneruskan lagi bakti pada minggu ini demi mewarnai Ramadhan yang akan tiba kepada yang kurang berkemampuan. Terima kasih Menara Optometry, Setia Tropika, Johor Bharu atas anjuran bersama bagi meraikan penerima KSSB dari kampung Sinaran Kempas. Seramai 22 keluarga menerima Sekampit berat 10kg dan juga 1 beg barang keperluan asas. Usai sesi pemberian, Skuad Prihatin Johor bergerak menuju ke destinasi kedua di Flat Kempas. Seramai 12 keluarga menerima sumbangan. Rata rata penerima adalah warga emas yang hidup sendirian dan juga ibu tunggal. Kemudian Skuad Prihatin Johor meneruskan perjalanan ke Kampung Sepakat Jaya. Seramai 20 keluarga menerima sumbangan. Mereka ini adalah penerima tetap kami yang juga terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan keluarga yang tidak berkemampuan. Kerana hari sudah lewat, kami tidak sempat melawat rumah penerima seperti tahun sebelum ni, in sya Allah moga berjumpa lagi

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR