Solehah Integrated Camp - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Solehah Integrated Camp

Active-FAST Center telah bersama dengan pihak Pusat Zon 2 JAWI untuk menganjurkan program “Solehah Integrated Camp 2014” yang berlangsung pada 28-30 November 2014 di Kem Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Selangor. Seramai 46 orang peserta telah berpartisipasi dalam program ini. Program ini memfokuskan kepada perkara-perkara asas dalam fardhu ain seperti solat, thaharah dan fiqh wanita. Untuk khidmat pengendalian program serta nasihat, hubungi 019-293 6300 (Untuk Perhatian Saudari Aida Muslihah)