Deklamasi Puisi Zaman Meriahkan Perasmian Muktamar ABIM Sarawak
15 Ogos 2015, Kuching, Sarawak:- Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abd Aziz telah memeriahkan Majlis Perasmian Muktamar ABIM Sarawak ke – 36 dengan mendeklamasi Puisi Zaman karya mantan Setiausaha Agung ABIM – Saudara Anuar Tahir. Puisi ini telah dideklamasikan Tuan Haji Anuar Tahir sempena dengan sambutan 40 tahun penubuhan ABIM pada tahun 2011. Semoga kita sebagai generasi penerus terus istiqamah dengan bekalan ikhlas & mujahadah untuk membawa citra besar ABIM ini.
“Dan kami generasi-generasi Para pemula,
perintis dan penerus
Akan tetap melangkah dan terus melangkah
Akan tetap berlari dan terus berlari
Berkayuh dan berkayuh
Merangkak dan berpapah
Hingga ke garis penamat
Kerana kami adalah anak-anak zaman
Yang tak akan terlupakan
Kerana kami telah punya citra
Punya sejarah berani lagi bererti
Yang bakal dibawa mati
Bersama daftar panjang para pejuang”