Subhanallah! Ini 6 Fakta Menarik Burung Belatuk, Haiwan yang mempunyai Lidah yang Sangat Panjang! - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Subhanallah! Ini 6 Fakta Menarik Burung Belatuk, Haiwan yang mempunyai Lidah yang Sangat Panjang!

Subhanallah! Ini 6 Fakta Menarik Burung Belatuk, Haiwan yang mempunyai Lidah yang Sangat Panjang!

Burung Belatuk atau Pelatuk (woodpecker) ialah sejenis burung dalam keluarga Picidae. Burung-burung ini dalam keluarga tersebut berkongsi ciri-ciri sama terutamanya cara mendapatkan makanan atau membuat sarang dengan mematuk pada dahan atau batang pokok dengan laju berulang-ulang kali menggunakan paruh.

Burung-burung disebut ini didapati di hutan-hutan hujan dan kayu serata dunia kecuali di Australia, New Guinea, New Zealand dan Madagaskar. Di Semenanjung Malaysia sahaja, terdapat 25 jenis spesies burung belatuk.

Jantina spesies belatuk sering dibezakan melalui warna bulu pelepah di mana belatuk jantan jauh berwarna terang dan berwarna-warni. daripada belatuk betina.

1. Mampu Mematuk Dengan Cepat Sebanyak Beribu Kali

Burung belatuk mampu mematuk dengan pantas sehingga mencapai 20 patukan setiap saat. Setiap hari, purata burung ini mematuk adalah sebanyak 10-12 ribu kali.

2. Mempunyai Tengkorak Yang Kuat

Burung belatuk tidak mengalami ketidakselesaan walaupun setelah berjam-jam “mengerjakan” kayu – mereka mempunyai struktur tengkorak yang unik dan kuat. Walaupun kepala mereka bergegar akibat getaran patukan sebanyak ribuan kali setiap hari, burung belatuk tidak pernah memiliki masalah pada bahagian kepalanya.

3. Mampu Barpaut ke Pokok Tanpa Masalah

Burung belatuk mempunyai bulu ekor yang kuat untuk menyokong badan burung itu ketika ia berada di atas batang pokok. Mereka juga mempunyai dua kaki belakang untuk bersandar.

4. Burung yang Mementingkan Kesempurnaan

Satu lagi keunikan belatuk adalah ia akan mengukir sendiri lubang pada batang pokok untuk laluan masuk ke sarang mereka. Burung Belatuk Iowa sebagai contoh, akan mematuk sehingga bulatan yang sempurna terhasil sebagai laluan masuk.Burung Belatuk Pileated pula akan membuat lubang sarang berbentuk lonjong.

5. Suka Menghasilkan Bunyi dan Muzik

Burung belatuk dipercayai satu-satunya haiwan yang suka membuat bunyi dengan sesuatu selain daripada bahagian badannya. Mereka akan mengetuk pelbagai objek untuk menghubungkan Kawasan, menarik pasangan, atau mencari makanan. Ketika mematuk, bunyi yang terhasil ada kalanya seperti orang sedang berceloteh ataupun bunyi jam penggera.

6. Mempunyai Lidah Yang Panjang

Burung belatuk biasanya memiliki lidah sepanjang 10 cm atau tiga kali ganda lebih pandang daripada paruh mereka. Apabila tidak digunakan, burung ini akan menyimpan lidahnya di antara tengkorak kepala belakang. Paruh burung belatuk pula tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Masya Allah, panjang lidahnya. Lidah burung belatuk membaluti otak dan matanya. Para saintis mengakui antara hikmahnya ialah berfungsi sebagai penebat dan pelindung otak dan mata burung daripada kesan hentakan berkali-kali daripada patukan.

SubhanAllah, hebat ciptaan Allah Subhanahu wa-Ta’ala!

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti