
26 DISEMBER 2014 Skuad Ops Prihatin: Banjir Pantai Timur telah meredah air setinggi paras paha untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir SK Pohon Tanjung, Pasir Pekan Kelantan. Bantuan dihanter dengan meletakkan barang di dalam bot dan berjalan kaki selama 30 minit ke lokasi. Kawasan penempatan dipenuhi air separas paha.
Skuad Prihatin ABIM-PKPIM-GPM-MLLFS-PEPIAS memulakan operasi 24 jam tanpa henti bagi memudahkan para penyumbang yang budiman untuk menyalurkan sumbangan seperti berikut: 1. Makanan kering (sardin, biskut, roti, dsb) 2. Kit Kebersihan Diri (Berus gigi, ubat gigi, sabun dsb) 3. Telekung 4. Kain ela (untuk dibuat penghadang di dewan pusat pemindahan banjir – menjaga aurat dan privasi) 5. Selimut, tuala dsb 6. Pampers bayi dan tuala wanita 7. Sumbangan wang tunai melalui akaun ABIM (Maybank : 5642 2161 0116) 8. Sumbangan TENAGA ANDA! Di samping itu kami menyeru untuk kesemua rakyat Malaysia untuk memperbanyakkan solat hajat bagi memohon perlindungan Allah dari segala macam bencana dan musibah. Semoga Allah golongkan kita bersama mereka-mereka yang bersabar. Sumbangan boleh disalurkan di pusat operasi bantuan banjir seperti berikut : A. SEKRETARIAT ABIM PUSAT No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 53100 Kuala Lumpur Ketua Sekretariat : Sdr. Zikri 013.311.7560 B. ADAB YOUTH GARAGE (AYG) No 15, Jln 1/4A, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi. Ketua Sekretariat : Sdr. Yasir 011.2128.2023 Hotline: 019.293.6300. Anda hulurkan. Kami sampaikan.
