Sumbangan Diperlukan Untuk Mangsa Gempa Bumi Sabah - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Sumbangan Diperlukan Untuk Mangsa Gempa Bumi Sabah

17 Jun 2015:- ABIM Sabah telah menggerakkan bantuan kepada mangsa banjir  Misi bantuan kepada mangsa banjir lumpur di Ranau Sabah. Masih banyak bantuan diperlukan terutama bekalan air bersih. semoga ramai warga prihatin membantu dan kepada Allah kita panjatkan doa akan dipermudahkan serta diselamatkan. ‪Sekitar Banjir Lumpur di Ranau, Sabah. Setelah diuji dengan gempa bumi yang masih lagi berterusan, Tanah Ranau kini mengalami banjir lumpur.

Dimaklumkan disana sekarang kehabisan bekalan air, termasuk bekalan air minum. InsyaAllah andai berkesempatan akan bersama dalam misi kesana. Sesiapa yang ingin menyumbang sangat-sangat dialukan, saamada sumbangan untuk bekalan air mineral mahupun kepada mangsa gempa bumi. Buat NGO-NGO diluar sana, mohon buat kutipan dana untuk beli tirai-tirai spt dalam gambar untuk kegunaan bila mangsa bencana ditempatkan di penempatan sementara. Perkembangan terkini bantuan ini boleh diikuti dengan klik di sini. 

 

Salurkan sumbangan ke 

Bank Islam: Tabung Prihatin ABIM: 10016010081157