Sumbangan KSSB 1436H Mula Diterima; Sumbangan Diagihkan Menjelang Ramadhan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Sumbangan KSSB 1436H Mula Diterima; Sumbangan Diagihkan Menjelang Ramadhan

7 Jun 2015:- ABIM Johor telah memulakan agihan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 1436H. Pada minggu lalu, sebanyak 40 beg berupa sumbangan barang-barang keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, serta beberapa keperluan asas telah diagihkan kepada penduduk di sekitar Kulai Jaya & Kampung. Sepakat Jaya, Skudai, Johor Darul Takzim. Sumbangan ini diterima daripada para penyumbang yang budiman.

ABIM Johor telah diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada mereka yang memerlukan di sekitar negeri Johor. Kegembiraan di kalangan jelas terpancar menerusi catatan “Bila ada makcik tua datang memeluk kami untuk pamerkan rasa terima kasih sambil mereka mengesat air mata perlahan-lahan sambil berkata terima kasih nak!”. Betapa luluhnya hati kami mendengar penghargaan tersebut walaupun kami tidak mengharapkannya, jelas sukarelawan ABIM Johor terbabit.

 

 

 

Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 2015..Hari Pertama: Membungkus barang sumbangan untuk membuat edaran pertama…

Posted by ABIM Johor on Tuesday, 9 June 2015