Sungai Kerian: Antara sempadan unik di utara Malaysia

February 5, 2022
editor@abim

Sungai Kerian: Antara sempadan unik di utara Malaysia

Daerah Kerian dianggap unik kerana kedudukannya yang menjadi titik sempadan tiga negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Apabila dilukis garisan supaya jelas kelihatan persempadanan itu, turut berkongsi keunikan ialah Sungai Kerian yang dianggap lebih tepat untuk menunjukkan garisan sempadannya.

Kerian terletak di utara negeri Perak bersempadan dengan daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang dan Bandar Baharu, Kedah. Di sebelah timur dan selatan, Kerian bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama, manakala Selat Melaka di bahagian barat.

Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala kuala Sungai Kerian adalah di Kampung Acheh, dalam daerah Seberang Perai Selatan.

Sempadan tiga negeri di Sungai Kerian, yang memisahkan negeri Kedah (Bandar Baharu), Pulau Pinang (Nibong Tebal) dan Perak (Parit Buntar). Namun penduduk yang tinggal di antara ketiga negeri ini kebanyakannya bercakap menggunakan loghat Utara.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR