Tamrin Nisa 2015:- Mandiri Bila Sendiri, Perkasa Bila Bersama

November 24, 2015
editor-media

22 November 2015:- Tamrin Nisa’ PKPIM 2015 telah melabuhkan tirainya pada Ahad Lalu. Sessi Tamrin Nisa 2015 ini merupakan sinergi antara Hal Ehwal Wanita ABIM (HELWA) serta Hal Ehwal Siswi PKPIM (HEWI) untuk memelihara kelestarian perjuangan dari alam mahasiswi ke kancah aktivisme HELWA. Beberapa orang pimpinan HELWA ABIM telah tampil mengisi slot serta menjadi master trainer.

Sesi Penutup & Resolusi disampaikan Oleh Puan Norazura Kamarudin Sohami yang merupakan Exco (Kebajikan) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau berpesan agar adik-adik hewi masa kini peka terhadap dunia masa kini yang kian mencabar , selain itu menggarap generasi muda di kampus agar bersama-sama HEWI di peringkat Kebangsaan mahupun kampus untuk memartabatkan agenda wanita islam di Malaysia.

Tamrin Nisa’ Kebangsaan adalah anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dibawah Kelolahan Majlis HEWI Kebangsaan yang diterajui oleh Saudari Siti Fatimah Mohd Shahar selaku Naib Presiden (HEWI) PKPIM 15/16. Tamrin ini memupuk para aktivis terutamanya HEWI ( SISWI ) agar boleh menjadi bertanggungjawab mengurus hubungan yang lebih rapat dengan siswi di setiap badan gabungan dengan menekankan hal-hal kebajikan, pendidkan, ekonomi wanita dan politik kampus. Disediakan Oleh :- Hannan Rahim (Wartawan mediabim)

 

Tamrin Nisa’ PKPIm 2015 telah melabuhkan tirainya pada Ahad Lalu , Sesi Penutup & Resolusi disampaikan Oleh Puan…

Posted by HELWA ABIM Malaysia on Tuesday, 24 November 2015

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR