Tekad Hijau : Asas Polisi Hijau Dan Program Mesra Ekosistem ABIM
TEKAD HIJAU : ASAS POLISI HIJAU DAN PROGRAM MESRA EKOSISTEM ABIM
# SDG2030
#SDG 8, #SDG12, #SDG 13, #SDG 14, SDG 15
Hadith Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
โOrang yang berkasih sayang akan disayang oleh Allah SWT. Sayangilah kepada apa yang di bumi, maka akan dikasihi oleh para penduduk langitโ (HR Ahmad & At-Tirmidhi)
Sebagai terjemahan rasa sayang kita buat hidupan sekelian alam, dan menunaikan amanah kita sebagai Khalifah Allah untuk memelihara hidupan, maka tindakan dan pembangunan yang kita jalankan harus bersifat berkelanjutan : –
1) Meletakkan sasaran untuk mencapai โZero Waste Targetโ pembuangan sisa sifar dengan Mengamalkan budaya 6 R
- a) Rethink – memikirkan kesan penggunaan sesuatu bahan kepada alam
- b) Refuse – enggan menggunakan bahan yang tidak sesuai dan berkelanjutan
- c) Reduce – pengurangan sisa buangan yang dihasilkan
- d) Reuse/repair – menggunakan semula bahan-bahan yang boleh diguna
- e) Recycle – mengitar semula buangan yang terhasil
- f) Replace/rebuy (menggantikan bahan dengan yang lebih bersifat mesra alam /produk hijau
2) Membudayakan amalan penjimatan penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain dalam penganjuran program dan operasi pejabat ABIM dan institusi.
3) Mengurangkan pengeluaran karbon monoxide, asap, toksin dengan amalan berkongsi kenderaan & menggunakan pengangkutan awam untuk menjayakan aktiviti ABIM.
4) Meletakkan keutamaan kepada bahan biodegradasi (biodegradable) serta mengurangkan penggunaan bahan-bahan yang tidak mesra ekologi seperti plastik, straw, polisterin dan lain-lain lagi dalam semua aktiviti dan operasi ABIM
5) Menjaring rakan kongsi bersama pembekal yang mesra ekologi serta memberi keutamaan kepada produk yang bersifat mesra alam yang diiktiraf badan bertauliah.
Tekad Hijau dan polisi asas ini adalah terpakai kepada semua ahli dalam penganjuran aktiviti atau program ABIM dan institusi dan agensi-agensi ABIM.