TERBAHARU BAKAL TERBIT: ZAMAN KESEDARAN: MEMIKIR KEMBALI WACANA ISLAMIS DAN TIMUR TENGAH

March 6, 2022
editor@abim

TERBAHARU BAKAL TERBIT: ZAMAN KESEDARAN: MEMIKIR KEMBALI WACANA ISLAMIS DAN TIMUR TENGAH

Oleh: Muhanna Alhubail

Penterjemah: Marwan Bukhari A.Hamid

Alhamdulillah, sebuah lagi judul terbaharu bakal diterbitkan, iaitu sebuah karya kontemporari karangan seorang intelektual dan aktivis prolifik, yang mana pandangan dan lontaran kritikan beliau membuka kesedaran intelektualisme para pemuda muslim. Intelektual dan aktivis ini adalah Muhanna Alhubail, seorang intelektual kritis dan berani kelahiran Arab Saudi, yang dihukum beberapa kali oleh Kerajaan Saudi termasuk hukuman penjara, akibat aktivisme politik dan hak asasi manusia. Kini beliau hidup dalam buangan di Kanada, dan masih aktif menulis artikel dan buku tentang pemikiran Islam kontemporari.

Pengalaman beliau dalam gerakan intelektualisme dan aktivisme serta pengusiran yang beliau lalui itu mahal harganya, dan idea beliau dalam buku Zaman Kesedaran ini bersifat matang, dan sedap untuk dibaca, direnung, difikir dan dihayati. Banyak persoalan dan lontaran beliau di dalam buku ini serta jawapan beliau secara terperinci membentuk kesedaran intelektualisme baharu bagi generasi pemuda Arab secara khususnya, dan generasi muda Muslim secara umumnya.

Kritikan-kritikan beliau bukan kritikan kosong, bahkan telah didiagnos masalahnya, dibicarakan tentang penyakitnya, seterusnya menawarkan penawar dan penyelesaian.

Karya ini akan berada di pasaran dalam masa terdekat inshaAllah. Nantikan penerbitannya, dan dapatkan senaskhah sebagai bahan bacaan kontemporari yang membuka minda dan kesedaran.


Untuk sebarang pertanyaan berkenaan buku-buku terbitan ABIM Press, rujuk di: https://linktr.ee/abimpressmy

Atau hubungi: +6013-3916299 (Wani).

#ABIMpress #ABIMdiHatiku

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR