Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri kembali ke negeri abadi

January 10, 2024
Admin Abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengenang pemergian Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri pada 2hb Januari 2024 lalu.

Beliau yang terbunuh dalam serangan Zionis Israel di selatan Beirut, Lubnan, dilihat sebagai ‘watak utama’ dalam pergerakan itu. Beliau sebelum itu pernah lama mendekam di penjara Zionis Israel.

Dalam Hamas, Saleh al-Arouri digambarkan sebagai penyokong utama usaha perdamaian antara kumpulan-kumpulan Palestin.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita hadiahkan al-Fatihah.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR