Tirai KSSB Ramadhan 1437H Bermula Di Johor

June 3, 2016
editor-media

Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia, 27 Mei 2016, telah berlangsung Pelancaran Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) di Flat Bukit Mewah, Johor Bahru. Program dirasmikan oleh Saudara Zainuddin Zakaria, selaku YDP ABIM Johor. Majlis penyampaian ringkas telah diadakan oleh pihak flat Bukit Mewah. Seramai 22 keluarga yang terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal telah menerima sumbangan. Usai perasmian KSSB dan penyampaian Sekampit beras, sukarelawan Skuad Prihatin Johor meneruskan perjalanan ke sekitar Taman Universiti untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan. Teruskan menyumbang, anda memberi, kami sampaikan.. Bagi yang berminat untuk terlibat dengan program kebajikan dan kemasyarakatan, anda dialukan-alukan menyertai Skuad Prihatin Johor dengan cara pm nama dan contact no anda di inbox Skuad Prihatin Johor. 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR