
7hb September 2018 (Jumaat) : Alhamdulillah, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tampil merasmikan Majlis Peluncuran Buku “Hubungan Ibu Bapa & Anak: Panduan Membesarkan Anak-anak” di Hitel Sheraton, Petaling Jaya. Buku ini merupakan hasil terjemahan ABIM dan asalnya diterbitkan oleh International Institute of Islamic Thought (IIIT), dengan tajuk “Parent-Child Relations: A Guide to Raising Children”. Turut hadir memberikan ucaptama adalah penulis asal buku tersebut, Dr. Hishan AlTalib, yang juga Presiden IIIT.
