TPPA:- ABIM Sanggah Kenyataan Ahmad Maslan - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

TPPA:- ABIM Sanggah Kenyataan Ahmad Maslan

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada Majlis Penerangan Perdana anjuran UMNO di PWTC pada 14 November 2015 yang turut menyentuh berkenaan dengan isu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Ahmad Maslan bahawa “wakil ABIM bersetuju untuk hadir” dan mendiamkan diri sewaktu ruang soal jawab diberikan walaupun dipanggil berkali-kali. ABIM menegaskan bahawa ABIM tidak pernah dijemput oleh penganjur untuk menghadiri program tersebut, apatah lagi mengesahkan kehadiran.

 

 

ABIM Sanggah Kenyataan Ahmad Maslan. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada Majlis Penerangan Perdana anjuran UMNO di PWTC pada 14 November 2015 yang turut menyentuh berkenaan dengan isu Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) dan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Ahmad Maslan bahawa “wakil ABIM bersetuju untuk hadir” dan mendiamkan diri sewaktu ruang soal jawab diberikan walaupun dipanggil berkali-kali.ABIM menegaskan bahawa ABIM tidak pernah dijemput oleh penganjur untuk menghadiri program tersebut, apatah lagi mengesahkan kehadiran. Justeru itu ABIM kesal dan mengecam kenyataan bohong dan tanpa usul periksa Ahmad Maslan seperti yang telah disiarkan oleh media. Kenyataan tersebut jelas amat tidak bertanggungjawab dan tindakannya telah memberikan persepsi yang ternyata palsu kepada masyarakat bahawa ABIM adalah sebuah badan yang tidak bermaruah.Berhubung tindakan ABIM memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah sebelum ini terhadap Perdana Menteri, Menteri MiTi dan kerajaan Malaysia berhubung isu TPPA ini, ABIM tetap konsisten meneruskan tindakan tersebut di Mahkamah selagi mana kerajaan masih berhasrat meneruskan niat utk menandatangi perjanjian TPPA. Permohonan tersebut kini sedang melalui proses mahkamah.Pada 4 November yang lalu, ABIM bersama UNGGAS dan TERAS telahpun memfailkan satu Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman terhadap Perdana Menteri, MITI dan Kerajaan Malaysia. Permohonan itu kini ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19.11.15. Justeru mana-mana isu berkaitan yang ingin dibangkitkan sudahpun berada di dalam proses perbicaraan di Mahkamah, dan adalah tertakluk kepada prinsip “sub-judice”. Dalam erti kata lain, mana-mana pihak yang terlibat di dalam sebarang pertikaian di mahkamah perlu mengelak dari membuat perkara-perkara yang boleh menggugat proses perbicaraan tersebut. Oleh itu, ABIM mengesyorkan kepada Ahmad Maslan, untuk tidak membuat komen yang tidak tepat dan rumusan yang berbentuk sindiran negatif, tanpa nengambil nasihat perundangan yang lengkap. ABIM juga menilai tindakan kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian TPPA hanya 24 jam selepas tindakan mahkamah diambil pada 4 november hakikatnya adalah merupakan kemenangan awal bagi rakyat yang telah telah lama menanti saat pendedahan ini yang sebelum ini kerap ditangguhkan dari satu tarikh ke satu tarikh lain. Pendedahan itu juga adalah kemenangan moral bagi pihak ABIM dan rakyat Malaysia untuk meneruskan kes ini di mahkamah sehinggalah kerajaan membuat pertimbangan untuk tidak menandatangani perjanjian TPPA, yang mana kami melihatnya sebagai suatu tindakan yang boleh memberikan kesan kepada kedaulatan Islam serta menggugat kedaulatan negara.Justeru, ABIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama secara konsisten dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat dalam isu ini seterusnya bertindak bersama-sama untuk membantah TPPA yang memberikan kesan kepada kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta menggugat kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat.Mohamad Raimi AB.RAHIMPresiden ABIM #AhmadMaslan #TPPA #BantahTPPA

Posted by Abim Pusat on Saturday, 14 November 2015

Justeru itu ABIM kesal dan mengecam kenyataan bohong dan tanpa usul periksa Ahmad Maslan seperti yang telah disiarkan oleh media. Kenyataan tersebut jelas amat tidak bertanggungjawab dan tindakannya telah memberikan persepsi yang ternyata palsu kepada masyarakat bahawa ABIM adalah sebuah badan yang tidak bermaruah.

Berhubung tindakan ABIM memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah sebelum ini terhadap Perdana Menteri, Menteri MiTi dan kerajaan Malaysia berhubung isu TPPA ini, ABIM tetap konsisten meneruskan tindakan tersebut di Mahkamah selagi mana kerajaan masih berhasrat meneruskan niat utk menandatangi perjanjian TPPA.

Permohonan tersebut kini sedang melalui proses mahkamah. Pada 4 November yang lalu, ABIM bersama UNGGAS dan TERAS telahpun memfailkan satu Permohonan Kebenaran Semakan Kehakiman terhadap Perdana Menteri, MITI dan Kerajaan Malaysia. Permohonan itu kini ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19.11.15.

Justeru mana-mana isu berkaitan yang ingin dibangkitkan sudahpun berada di dalam proses perbicaraan di Mahkamah, dan adalah tertakluk kepada prinsip “sub-judice”. Dalam erti kata lain, mana-mana pihak yang terlibat di dalam sebarang pertikaian di mahkamah perlu mengelak dari membuat perkara-perkara yang boleh menggugat proses perbicaraan tersebut.

Oleh itu, ABIM mengesyorkan kepada Ahmad Maslan, untuk tidak membuat komen yang tidak tepat dan rumusan yang berbentuk sindiran negatif, tanpa nengambil nasihat perundangan yang lengkap. ABIM juga menilai tindakan kerajaan mendedahkan isi kandungan perjanjian TPPA hanya 24 jam selepas tindakan mahkamah diambil pada 4 November hakikatnya adalah merupakan kemenangan awal bagi rakyat yang telah telah lama menanti saat pendedahan ini yang sebelum ini kerap ditangguhkan dari satu tarikh ke satu tarikh lain.

Pendedahan itu juga adalah kemenangan moral bagi pihak ABIM dan rakyat Malaysia untuk meneruskan kes ini di mahkamah sehinggalah kerajaan membuat pertimbangan untuk tidak menandatangani perjanjian TPPA, yang mana kami melihatnya sebagai suatu tindakan yang boleh memberikan kesan kepada kedaulatan Islam serta menggugat kedaulatan negara.

Justeru, ABIM menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama secara konsisten dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat dalam isu ini seterusnya bertindak bersama-sama untuk membantah TPPA yang memberikan kesan kepada kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan serta menggugat kedudukan Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

Mohamad Raimi AB.RAHIM Presiden ABIM