TPPA Akan Belenggu Masa Depan Anak Cucu Kita! :- Presiden ABIM - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

TPPA Akan Belenggu Masa Depan Anak Cucu Kita! :- Presiden ABIM

23 Januari 2016, Padang Merbok Kuala Lumpur:- Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim telah menyampaikan pidato sempena Himpunan Bantah TPPA yang dianjurkan pada 23 Januari 2016, Kuala Lumpur. Himpunan Aman ini merupakan salah satu mekanisme yang dimanfaatkan oleh rakyat untuk menyatakan bantahan mereka terhadap perjanjian perdagangan tersebut yang akan membelenggu generasi akan datang. “Kita yakin bahawa kita memperjuangkan yang hak.” “Kita akan terbelenggu! Generasi akan datang… generasi saya… generasi anak-anak, cucu-cicit Tuan-Tuan… akan mendapat bahana daripada perjanjian TPPA!” tegas beliau sepanjang pidato tersebut yang disertai pelbagai pertubuhan seperti MTEM, PAS, IKRAM, TERAS, BERSIH, PERKASA dan lain-lain.

 

 

TPPA: KITA LAWAN; KITA SAMAN!Bicara dan perjuangan berkaitan TPPA ini bukan retorika.”Kita yakin bahawa kita memperjuangkan yang hak.””Kita akan terbelenggu! Generasi akan datang… generasi saya… generasi anak-anak, cucu-cicit Tuan-Tuan… akan mendapat bahana daripada perjanjian TPPA!”– Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM.BANTAH TPPA!!!Kesan-kesan negatif TPPA jelas kelihatan dan membimbangkan. Marilah sama-sama kita sokong dan dokong kempen tak nak kepada TPPA demi melihat masa depan Malaysia dan generasi muda yang lebih terjamin!#TPPA #BantahTPPA #JanganJUALNegara“Saya ingin tegaskan peringkat awal ini ABIM bersama TERAS, UNGGAS serta NGO-NGO lain akan terus membantah TPPA. Kita percaya sistem kehakiman sebagai “ultimate interpreter” kepada Perlembagaan Persekutuan, mempunyai hak serta bidangkuasa untuk mengahalang perjanjian ini, daripada ditandatangani, kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.Atas sebab itu, kami hadir ke sini bersama teman-teman NGO untuk memastikan rakyat Malaysia diwakili serta mendapat hak untuk menyampaikan hasrat mereka menerusi sistem perundangan.” — Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim.Terdahulu, pada 4hb November 2015, bertempat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, ABIM telah menfailkan permohonan Semakan Kehakiman terhadap:Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di antara:Malaysia, Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Amerika Syarikat.Dalam permohonan itu, mereka memohon untuk diberi kebenaran di bawah Aturan 53 Kaedah 3, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung beberapa perkara melibatkan perjanjian TPP..

Posted by Abim Pusat on Monday, 25 January 2016