ABIM Kelantan Kembangkan Kebitaraan Dalam Bidang Pertanian - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Kelantan Kembangkan Kebitaraan Dalam Bidang Pertanian

6 Disember 2015, Pasir Putih:- Alhamdulillah Yang Di Pertua ABIM Negeri Kelantan (ABIM Kelantan), Ustaz Mohammad Amin, telah melawat Projek Tani ABIM Daerah Machang (ABIM Machang). Projek tani ini membabitkan penanaman padi di kawasan Jajahan Pasir Puteh. Menurut Ustaz Mohammad Amin ketika dihubungi wartawan Media ABIM, projek penanaman padi ini merupakan sebahagian daripada usaha ABIM Kelantan untuk meneroka sektor pertanian sebagai niche terbaru dalam aspek budi daya ABIM Kelantan.

 

“Alhamdulillah projek tani telah menghasilkan tuaian yang memuaskan. Projek digerakkan sendiri oleh aktivis-aktivis ABIM Machang di atas lot tanah sawah seluas 25 ekar,” jelas beliau sambil menambah hasil projek penanaman padi ini dimanfaatkan untuk menampung gerak kerja dakwah ABIM Machang serta ABIM Kelantan di samping mengukuhkan kemandirian sosio-ekonomi para penggerak ABIM Machang, yang sebahagian besarnya menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Ketika lawatan tersebut, Ustaz Mohammad Amin, diiringi sekali YDP ABIM Machang Ustaz Ahmad Tamizee Suhaimi dan Setiausaha ABIM KELANTAN Abdullah Mohamad Nawi. ABIM Kelantan baru-baru ini telah menerima pengiktirafan sebagai Pertubuhan Bertaraf Lima Bintang daripada Kementerian Belia & Sukan (KBS). Pengiktirafan adalah apresiasi terhadap kebitaraan ABIM Kelantan dalam menggerakkan usaha dakwah menerusi pelbagai sektor, yang antara lain meliputi sektor pendidikan, pendidikan (menerusi rangkaian TASKA-TASKI-SERI), dakwah (masyarakat orang Asli) serta pembangunan belia di negeri Kelantan

 

Alhamdulillah melawat Projek Tani Abim Daerah Machang. Proses tuaian padi di Pasir Puteh. Bersama YDP ABIM MACHANG, Abim…

Posted by Mohammad Amin on Sunday, 6 December 2015

 

Sekalung Tahniah Di Ucapakan Kepada Angkatan Belia Islam Malaysia diatas Anugerah Penarafan 5 Bintang Untuk Peringkat…

Posted by Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) on Tuesday, 24 November 2015