Upaya OKU: Bekas Perejam Skuad Sepak Takraw Negara Terima Ijazah Sarjana Muda, Dari UPM

January 15, 2022
editor@abim

UCAPAN TAHNIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan syabas kepada bekas perejam (killer) pasukan sepak takraw negara, Sdra. Muhammad Kamal Ishak, yang meraikan detik bersejarah buat dirinya apabila menerima ijazah Bacelor Pendidikan Jasmani.

Bekas atlet berusia 29 tahun itu yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya kira-kira tiga tahun lalu, menerima Bachelor berkenaan daripada Pro-Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Academician Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim, pada Sesi 1, Majlis Konvokesyen ke-44 UPM di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM.

#BangkitBersama #StrongerTogether #UpayaOKU

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR