Upaya OKU: Mike Fong; Pelajar Mualaf Buta Yang Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

January 22, 2022
editor@abim

Upaya OKU: Mike Fong; Pelajar Mualaf Buta Yang Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran

Alhamdulillah, seorang mualaf yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang sebelum ini tular kerana mampu menghafaz 10 juzuk Al-Quran, kini sudahpun bergelar Al-Hafiz.

Dalam perkongsian di Facebook Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sdra. Tan Mike Foong, 25 tahun, berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran pada semester akhir Program Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat Darul Quran, JAKIM.

Mike bukan sahaja menghafaz, malah beliau juga telah menulis keseluruhan Al-Quran tersebut dengan tulisan braille seperti yang ditetapkan dalam proforma Program berkenaan.

Terdahulu, tular apabila ibu Mike yang juga seorang suri rumah, Puan Ang Bee Cheng, hadir menemani beliau menguruskan pendaftaran sebagai pelajar tahfiz.

Mike Foong memeluk Islam pada 2015, dan menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur.

Ayah Mike, Sdra. Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri dan Mike mempunyai dua lagi adik-beradik.

Mike Foong tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti baginya.

Demikianlah kasih sayang ibu terhadap anaknya tiada batasan meskipun mereka berlainan pegangan agama.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR