WACANA SYEIKH DAUD AL-FATANI DI BANGI

September 6, 2022
editor@abim

WACANA SYEIKH DAUD AL-FATANI DI BANGI

26hb Ogos 2022: Alhamdulillah, telah berlangsung Program Wacana Syeikh Daud Al-Fathoni: Pemikiran Dan Perjuangan.di Bangi Golf Resort, Bangi. Ia adalah satu usaha untuk mengangkat ilmu turath dalam pembangunan kesedaran rakyat melayu ilmu-ilmu Islam. Program yang dilangsungkan petang hari ini dianjurkan bersama BiPPA dan Asatizah Selangor.

Panelis Jemputan YBhg Ustaz Dr. Nik Mat Bin Hj Seri, mantan pensyarah UIAM dan Syeikh Jamil al-Jarumi, seorang tuan guru di Pondok Melele, Kedah yang sangat dihormati. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut diundang untuk memberikan ulasan dan pandangan mengenai karya tinggalan Syeikh Daud Fatani dan sumbangannya dalam membangunkan kesedaran rakyat melalui lebih 300 karya tulisannya.

Selain daripada membahaskan soal tatacara solat menurut mazhab Imam Shafi’i, kitab Munyatul Musolli karangan Syeikh Daud yang masyhur itu turut menyentuh tentang perihal siyasah dan tatakelola yang baik.

Dalam bab “Tatmim al-Fa’idah” yang merupakan bab terakhir, Syeikh Daud seolah memberi gambaran bahawa solat kita tidak akan sempurna jika kita tidak memberi perhatian terhadap keadilan, kerana tanpanya kezaliman akan berleluasa dan tiada lagi pemeliharaan agama (hifz al-din), terutamanya saat prahara politik yang berpanjangan.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR